"Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah," cerita Mahathir

Share
914 Views
 
 

Added on Aug 19, 2017

Length: 03:59 | Comments: 0

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkapkan 'yang bermusuh dulu kini berdamai' dan 'yang berkawan dulu kini menjadi musuh' bagi menyatakan keadaan politik hari ini sudah berubah. Sambil mengambil dirinya sebagai contoh, Mahathir berkata walaupun telah melalui ranjau 'sepak terajang' politik sepanjang berada di dalam Umno, namun perbezaan dapat dilihat apabila kini beliau bersama 'musuh-musuh' Umno untuk menjatuhkan parti itu. Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana di Kota Bharu, malam tadi. Jelasnya, beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri atas kehendaknya sendiri, setelah memikirkan sudah lama memegang tampuk pemerintahan negara. Ujar Mahathir, beliau menyokong Tun Abdullah Badawi sebagai pengganti, yang satu ketika dulu dianggap 'musuh ketat' kerana menyokong Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawannya di dalam Umno. Menurut Mahathir lagi, beliau tidak menyimpan dendam terhadap Abdullah dan menerima mereka semula dalam pentadbiran kerajaan.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Video Responses (0) Post Video Response

Be the first to post a video response!

Comments: