KRU pun bergelut dengan keadaan ekonomi...Banyak Company Gulung Tikar

Share
19681 Views
 
 

Added on Dec 7, 2017

Length: 02:31 | Comments: 0

Pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim mengakui keadaan ekonomi negara yang kurang stabil ketika ini sedikit sebanyak menjejaskan industri perfileman. Namun, Yusry yang merupakan ketua pegawai kreatif KRU Studios memberitahu, ia tidak menghalang beliau daripada terus berkarya dan melakukan kerja-kerja penyumberan luar bagi memastikan KRU Studios terus 'hidup'. "Saya rasa untuk tahun lepas, tak ada industri yang tidak terjejas. Semuanya terjejas. Kami tidak menerbitkan sebarang filem tahun lepas tetapi tahun ini kita akan mula balik. "Selain kita terbit kandungan sendiri (IP), tahun lepas kita buat rancangan TV yang bukan IP kami. Pada masa sama, kita buat iklan. Kita buat kerja lain sementara. "Tahun lepas, berderet-deret iklan Proton kami buat. Kerja penyumberan luar. “Kita ada kakitangan lebih 200 orang, kalau benda itu tak jalan, kalau kita tak menerbitkan filem, gaji mereka nak datang dari mana," kata Yusry kepada Malaysiakini. Layari berita lanjut di http://www.malaysiakini.com/hiburan/373335

Channels: Politics  

Tags: kantoi  umno 

SHOW MORE

Video Responses (0) Post Video Response

Be the first to post a video response!

Comments: