Nazri Tuduh Tun Mahathir Curi Duit Masa Jadi PM

Share
6503 Views
 
 

Added on Nov 14, 2017

Length: 03:45 | Comments: 0

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoalkan dari mana Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat dana ketika mengetuai Umno dan Barisan Nasional sekaligus mengekalkan kuasanya selama lima penggal lalu, sejak 22 tahun pemerintahannya. Mohamed Nazri berkata itulah antara soalan yang mahu diajukannya dalam siri debatnya bersama Mahathir, yang dibatalkan baru-baru ini. Tun M jawab tuduhan nazri di sini: http://www.suaratv.org/view/2504/akhirnya-mahathir-jawab-nazri-soal-kutip-duit/ Ini kerana, katanya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai bendahari Umno satu ketika dulu. "Tun kutip berapa duit Tun? Sekali ke Tun? 5 kali, berapa Tun kutip? "Tun ambil cash ka, atau Tun buka akaun? "5 kali pilihan raya, Tun belanja berapa bilion? Dia kena jawablah. "Tun dah belanja sebanyak 5 kali, baki duit tu belanja ke mana Tun? Mana pergi duit tu," katanya. Nazri berkata demikian pada majlis Sesi Kepohci bersama Chief anjuran kelab Umno luar negara, malam tadi. Jelas Mohamed Nazri, sebagai Presiden Barisan Nasional, tugasnya adalah mencari dana. Katanya lagi, tidak menjadi kesalahan jika Datuk Seri Najib Razak mencari dana dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, tetapi menjadi satu kesalahan jika menerima duit secara tunai. "Kita tak tahu ke mana duit tu pergi kalau ambil tunai. Yang kita tahu anak dia semua kaya. "Mana yang lebih baik, masuk dalam akaun atau ambil tunai? "Dr Mahathir ambil tunai, saya tahu," dakwa Nazri.

Channels: Politics  

Tags: nazri  mahathir 

SHOW MORE

Video Responses (0) Post Video Response

Be the first to post a video response!

Comments: