TMJ Sound Penyokong Ultra Malaya

Share
898 Views
 
 

Added on Oct 12, 2017

Length: 00:47 | Comments: 0

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau mahu berjumpa dengan individu 'topi merah' dari kumpulan penyokong Malaysia, Ultras Malaya. Ini susulan tindakan kumpulan penyokong Malaysia, Ultras Malaya yang menyanyikan 'chant' 'FAM Bang@#t' ketika aksi kelayakan Piala Asia 2019 Malaysia bertemu Hong Kong selasa lalu. "Yang budak topi merah itu, aku nak jumpa dia, Aku nak jumpa budak topi merah" Tunku Ismail menegaskan tidak mengambil hati dengan tindakan Ultras Malaya dan berkata tidak mengapa untuk merasa kecewa dengan prestasi Harimau Malaya ketika ini. "Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain" TMJ turut memberikan peribahasa Melayu dengan berkata "Apabila anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh".

Channels: Trending  

Tags: tmj  kantoi 

SHOW MORE

Video Responses (0) Post Video Response

Be the first to post a video response!

Comments: